Wednesday, November 5, 2008


Penghargaan kepada Bang Imad (Bapak Imaduddin Abdul Rahim) yang kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 2008. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

Beliau Pencetus Kesedaran dan Kekagumanku Terhadap Islam Sebagai Tenaga Perubah.

JANJI YANG TERPENUHKAN

Kalibata menerima tetamu tak diduga
Bukan jeneral tentera
Bukan anggota ABRI bertatah bintang di dada
Tapi dia tetap kesatria
Jasadnya termakam
Namanya tetap berdiri

Termuat seluruh hayatnya
Dengan sumpah dan janji yang terbukti
Menjual diri syurga sebagai ganti
Menghela tauhid murni tanpa kompromi

Terpantul soalan tertanya pada diri
Jihad juang dan amal bakti
Banding diriku
Persennya kecil sekali

Dirinya ummah dirinya institusi
Tetap pahlwan
Sekalipun terkubur
Di makam marhaen bawahan.

8.12 ptg
Lapangan Terbang Sukarno Hatta
3 Ogos 2008

No comments: