Wednesday, July 15, 2009

Demokrasi: Antara Perebutan Kuasa Politik dan Kesejahteraan Rakyat

Gejolak politik yang berlarutan di Perak ekoran peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN dari PR, membayangkan adanya kekurangan yang mendasar dalam kefahaman dan amalan demokrasi di negara ini. Kita menyaksikan aksi perebutan kuasa yang mengenepikan rule of law dan lunas-lunas akhlak serta prinsip keadilan. Lalu yang terjadi ‘sengketa’ antara pelbagai kelompok dalam masyarakat menjadi semakin sengit dan jurang hubungan antara mereka menjadi semakin meluas. Cita-cita dan impian tentang wujudnya persefahaman dan kerjasama serta hubungan harmonis dalam masyarakat – yang menjadi asas kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat – kini seakan tidak kesampaian.

Demokrasi sepatutnya menjadi mekanisma yang mampu menghalang tindak tanduk politik yang keterlaluan. Demokrasi menjadi penuntun masyarakat ke arah budaya perpolitikan yang lebih tertib dan memandu mereka ke arah penyelesaian masalah secara muafakat. Permuafakatan yang tercipta dari persefahaman dan kesediaan untuk bertolak ansur. Demokrasi seperti ini mampu menghindar pergeseran dari menjadi lebih sengit sebaliknya memudahkan tercipta kerukunan dalam hidup bermasyarakat.

Membangun kesejahteraan hidup rakyat yang berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan harus menjadi keutamaan perjuangan politik, sebagaimana juga gerkan-gerakan sosial. Kuasa politik dan pemerintahan bukanlah matlamat (not an end in itself). Ia hanyalah wahana bagi mendaulatkan hak rakyat dan menegakkkan keadilan serta membawa kesejahteraan kepada kehidupan manusia. Ahli-ahli politik tidak seharusnya hilang pertimbangan hingga dalam keghairahan mereka bersaing meraih kuasa politik, nasib rakyat tidak dihiraukan. Harus disedari bahawa kuasa politik bukan segala-galanya, hingga perlu direbut at all cost dan walaupun dengan mengorbankan prinsip dan nilai akhlak. Rakyat menginginkan peace of mind, kebebasan dan keselesaan hidup. Inilah yang seharusnya diberi oleh demokrasi sebagai pemerintahan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat (government of the people, by the people, for the people). Sayangnya sebahagian wakil-wakil rakyat yang menjadi ahli-ahli politik tidak meletakkan usaha memperjuangkan nasib dan hak rakyat sebagai agenda utama mereka. Sebaliknya mereka berlumba-lumba mendapatkan kuasa politik sebagai wasilah untukmendapat peluang dan habuan bagi memenuhi nafsu serakah dan memperkaya diri sendiri, walaupun dengan berbuat demikian hak-hak rakyat harus dikorbankan. Akibatnya berlaku seperti yang disebut oleh José Nun dalam bukunya, Democracy, iaitu kehilangan visi asal demokrasi yang mendaulatkan ‘kerajaan rakyat’ (the government of the people) sebaliknya yang muncul ialah ‘kerajaan ahli-ahli politik’ (the government of the politicians).

Kita menyeru ahli-ahli politik kita supaya kembali ke pangkal jalan, akur kepada prinsip-prinsip demokrasi, merujuk kepada panduan agama dan nilai akhlak, sedia bersaing secara sihat dan menghormati rule of law, berjiwa besar dengan melihat pesaing politik sebagai rakan dalam menyuburkan demokrasi. Kita percaya, sikap seperti akan membantu mengembalikan keselesaan dan kerukunan masyarakat.

Kita tertanya-tanya kenapa ramai dari ahli-ahli politik yang memulakan karier politiknya dengan hasrat murni (ideals) dan semangat perjuangan membela rakyat, namun bila mereka memperolehi kuasa, cita dan hasrat mulia ini pantas sekali dilupakan. Ini mengingatkan kita kepada watak Bill McKay dalam filem The Candidate, (1972). Dalam proses mendaki kuasa politik, dia hilang arah lalu meminggirkan idealisme yang diperjuangkannya sebelumnya. Apakah wajar kita menjadi sebagaimana yang diungkap sebagai tagline filem tersebut: “Nothing matters more than winning. Not even what you believe in” ? Kalau demikian sikap kita, jangkakan masalah lebih besar akan datang timpa menimpa!

Wednesday, February 18, 2009

SISTEM TARBIYYAH GERAKAN
MENGHADAPI CABARAN SEMASA:
Konsep dan Halatuju
[1]

‘Pembentukan sesuatu umat, pendidikan sesuatu bangsa, pencapaian cita-cita, juga pendokongan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari sesuatu umat atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam iradah yang kuat tidak mengenal lemah, kesetiaan yang kompak, tidak mudah terpengaruh dan tidak mengenal uzur, pengorbanan yang tinggi tidak dihalang oleh perasaan tamak, mengenal mengimani dan memandang tinggi prinsip yang dipegangnya hingga dengan itu beliau akan dapat memeliharanya dari tersalah atau menyeleweng, mengawasinya dari berkompromi atau terpedaya dengan prinsip-prinsip yang lain.’
Imam Hasan al-Banna, “Ke arah Mana Kita Menyeru Manusia”

Gerakan Islam, seperti yang ditakrif oleh Dr Yusuf Qaradawi adalah gerak kerja sekelompok orang yang dibuat secara kolektif dan tergembleng, teratur bertujuan mengembalikan Islam sebagai pemimpin masyarakat dan pemberi arah kepada kehidupan[2]. Gerakan Islam umumnya mengambil pendekatan dakwah dan islah sebagai strategi bagi menggerakkan perubahan positif dalam masyarakat. Bagaimanapun, kelangsungan, perkembangan dan kestabilan gerakan itu sendiri banyak bergantung kepada kejayaan usaha-usaha tarbiyyah yang dibuat secara terancang melibatkan kepimpinan dan anggota-anggotanya. Tarbiyyah adalah keperluan penting dan kritikal bagi gerakan[3] kerana tarbiyah membantu proses pembinaan kualiti peribadi-peribadi yang akan mendokong gerakan. Mereka menjadi tunggak bagi kelangsungan perjuangan serta daya yang memperkasa gerakan serta penggerak perubahan-perubahan yang diharap berlaku dalam masyarakat.

Tarbiyyah yang dimaksudkan di sini adalah seluruh gerakerja dan program formal atau nonformal yang membantu membentuk pemimpin dan anggota-anggota sebagai rijal rabbani-haraki, seperti yang tergambar dalam ayat-ayat berikut:

وكأين من نبى قتل معه ربيون كثيرفما وهنوا لما أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا
ومااستكانوا، والله يحب الصبرين.[4]

Dan betapa banyak yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah. Tidak patah semangat. Dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.

Sistem tarbiyyah telah memberi sumbangan amat bererti dalam memperkukuh ABIM sebagai sebuah gerakan Islam. Sejarah yang ditempoh oleh ABIM bukanlah mudah. Terutama di tahun-tahun awal pergerakannya, ABIM menghadapi cabaran-cabaran yang hebat, bukan sahaja dari sebilangan masyarakat yang penuh prasangka terhadapnya, tetapi juga dari pemerintah yang bersikap keras terhadap kemunculan kelompok pemuda dengan kesedaran baru keagamaan yang dilihat berpotensi mengancam status quo mereka. Pelbagai tekanan dan ancaman telah digunakan termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Bagaimanapun itu tidak dapat menggugat perkembangan pengaruh dan sokongan masyarakat, terutama generasi muda, terhadap ABIM. Keupayaan ABIM berdiri tegak hingga ke hari ini adalah bukti komitmen kepemimpinan dan kesetiaan anggota-anggotanya yang tetapn tegoh . Dr Abdul Halim Muhammadi, dalam Risalah Tarbiyyah, pada tahun 1994, menyebut,

“Perjuangan ABIM menjangkau lebih daripada dua puluh tahun. Segala pahit getir perjuangan yang dilalui sanggup dihadapi oleh ahli-ahlinya dengan penuh tabah dan cekal. Alhamdulillah, ini semua adalah hasil daripada tarbiyyah yang diberi melalui tamrin dan usrah yang mampu membina ketahanan kepada ahli-ahli dari segi mental dan spiritual dan menghidupkan semangat jihad berterusan. Pembinaan yang ditumpu kepada pembangunan keilmuan, kerohanian, dan jasmani secara sepadu itu menimbulkan semangat juang ahli ABIM yang tidak pernah luntur dan terus mara ke hadapan sehingga mereka mendapat penghargaan masyarakat…”[5]

Satu persoalan yang mungkin muncul dalam benak kita: Apakah sistem tarbiyah tahun-tahun 80-an, masih mampu memberi natijah yang sama sekarang ?

Kesan Perubahan Masa: Meneroka Pendekatan Baru

ABIM menjangkau waktu melampaui tiga dekad. Tempoh 37 tahun telah menghadapkan ABIM dengan berbagai perubahan yang berlaku dalam masyarakat; lokal maupun internasional. Oleh kerana tempoh tersebut bukanlah satu jangka yang pendek, satu pengamatan yang rapi dan serius perlu dilakukan terhadap perubahan-perubahan yang sedang dan telah berlaku di sekeliling dengan tujuan menentukan pendekatan, strategi dan kaedah baru yang lebih berkesan bagi menjayakan kerja-kerja dakwah dan menggerakkan usaha-usaha islah. Bagaimana sekalipun kita memberi apresiasi terhadap pendekatan, strategi dan kaedah-kaedah yang dipakai selama ini, ia tidak seharusnya menghalang kita dari menyelidiki dan mencari serta bersikap inovatif bagi mencari kaedah yang lebih baik. Sikap ini bukan sahaja mambantu kita menemukankan model yang lebih realistik tetapi juga membantu kita memanfaatkan tinggalan masa lalu secara lebih wajar. Taha Jabir el-Alwani, mengingatkan pimpinan gerakan Islam,

“The Islamic movements that measure themselves by past models and ignore time and distinctive features, and yet expect identical results, need to be reassess and correct their perspective. The right perspective needs to be invoked. In this way, a fair and proportionate amount of interaction with the past can be made, instead of vainly trying to resurrect it, body and soul”[6].

Mengambil pandangan ini, wajar sekali ABIM secara serius memulakan satu exercise yang dibuat secara ilmiah bagi mengamati sikap dan pendekatan yang sedia ada – lebih dari sekedar penilaian umum yang hanya menyentuh aspek luaran. Termasuk dalam exersice ini ialah memeriksa keberkesanan model tarbiyah yang sedia ada.

Barangkali wajar disebut di sini pandangan Anwar al-Awlaki[7] bahawa keberkesanan suatu sistem tarbiyyah berlaku hanya dalam satu generasi sahaja dan ia tidak bersifat multigenerasi. Beliau menyebut,

“tarbiyah is within one generation and not multigenerational. Meaning the change that Rasulullah brought which started with da’wah and ended with jihad was within 23 years. Every other successful change in the ummah occurred within one generation[8]. History is a testimony to this”[9]

Peredaran Masa, Kesedaran Sejarah Masa Lalu dan Penghormatan terhadap ‘Al-Sabiquun al-Awwaluun’

Satu rumusan yang dipersetujui semua pihak tentang tempoh masa bagi menakrif maksud ‘satu generasi’ tidak mungkin dapat dicapai. Namun generasi yang ada di dekad ketiga usia ABIM mempunyai ciri-ciri yang membezakan dirinya dari generasi dekad pertama. Sekurang-kurangnya generasi pertama dikenal sebagai generasi pengasas. Masa yang semakin menjarak jauh antara generasi kini dengan generasi pengasas akan memberi kesan kepada apresiasi sejarah dan perjuangan awal gerakan. Semakin menjarak masa, keupayaan menggarap sejarah masa lalu juga akan semakin melemah. Walaupun ini merupakan fenomena biasa, namun ia akan memberi kesan terhadap pembinaan keyakinan diri kepemimpinan serta usaha-usaha pemerkasaan gerakan. Sekiranya keadaan ini membawa kepada kehilangan kesedaran sejarah (historical consciousness)[10] di kalangan generasi baru, maka gerakan akan kehilangan satu tunggak kekuatan yang penting untuk masa depan. Penghargaan dan penghayatan terhadap sejarah masa lalu, bukan sahaja menjadi ‘pembakar semangat’ keyakinan diri tetapi menjadikan kita lebih menghargai gerakan yang kita dokong. Model tarbiyah yang dirangka perlu menjadikan elemen ‘penghayatan sejarah perjuangan’ generasi terdahulu sebagai sebahagan dari budaya gerakan. Program-program formal dan tidak formal harus direncana, dalam rangka ‘percakapan antara generasi’ (intergenerational conversation)[11], bagi menwujudkan hubungan yang berterusan antara pelbagai generasi kepemimpinan bagi membolehkan berlakunya proses perkongsian maklumat, semangat dan pengalaman.

Harus juga disedari bahawa komunikasi yang berterusan antara generasi mampu menghindar sebarang sikap negatif dan prasangka antara generasi kepemimpinan yang melemahkan gerakan[12]. Situasi demikian pernah diungkap oleh Pak Natsir,
“Kita semua kebingungan, orang tua tidak mahu tahu apa yang dihadapi oleh generasi muda dan orang muda tidak mahu tahu apa yang dilakukan oleh generasi tua. Mereka jalan sendiri-sendiri tidak saling menegur dan muncul berbagai faksi. Keadaan semacam ini merupakan manifestasi dari kelumpuhan dan kelemahan kita”[13].

Kemahiran Membaca Persekitaran, Meningkatkan Kebijaksanaan Bertindak dan Pendidikan Politik

Tahun-tahun 70-an dan 80-an ditandai dengan sikap konfrontasional dengan pemerintah. Prasangka penuh negatif serta tindakan-tindakan keras pemerintah, telah mewujudkan situasi pertentangan ABIM-pemerintah yang tajam. Merasakan bahawa status quo mereka akan tergugat, pemerintah mengambil tindakan-tindakan yang keras termasuk mengenakan sekatan ke atas aktiviti-aktiiviti ABIM, merencanakan pengharaman ABIM, intimidasi ke atas pimpinan dan anggota-anggota ABIM serta penahanan pemimpin-pemimpinnya. Penyertaan Anwar Ibrahim dalam pemerintah pada tahun 1982, bagaimanapun telah membantu memperbaiki persepsi negatif selama ini. Ini dapat dilihat apabila ruang-ruang tertentu diberi kepada ABIM untuk memainkan peranan menyuntik elemen-elemen Islam dalam program-program anjuran pemerintah sendiri. Pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dan protes ABIM terhadap ketidakadilan itu, mengembali pemerintah kepada sikap keras mereka terhadap ABIM. Ini digambar dengan penangkapan beberapa pimpinan ABIM di bawah I.S.A. Beberapa rapport dibuat dengan pemerintah selepas itu, berjaya melunakkan sedikit hubungan yang wujud. Bagaimanapun selepas pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan penubuhan Pakatan Rakyat dan kemenangan mereka dalam pilihanraya yang lalu kembali meletakkan ABIM dalam suasana serba salah; antara mempertahankan constuctive engagement yang diusahakan dengan dengan pemerintah, atau mendokong Pakatan Rakyat yang mengenengahkan nilai baru dalam politik, yang sebahagiannya mewakili aspirasi perjuangan ABIM.

Isu-isu seperti ini amat menentukan dan seharusnya menjadi wacana yang dibuat secara bersungguh di kalangan kepemimpinan ABIM. Wacana yang dibuat wajar memanfaatkan perbahasan-perbahasan baru berasaskan fiqh al-waqi’, fiqh al-awlawiyyat dan fiqh al-muwazanat. Pemahaman perubahan-perubahan yang berlaku dalam lanskap politik bukan sahaja akan mempengaruhi ABIM sebagai sebuah organisasi umat, tetapi juga dapat membantu ABIM, pada ketika tertentu, membuat keputusan serta menentukan sikap yang tepat. Bidang cakupan tarbiyyah semestinya mengambil kira aspek politik dan mendalaminya secara matang. Perubahan politik yang berbagai boleh sahaja berlaku secara tiba-tiba bahkan mungkin saja di luar jangkaan. Tarbiyyah siasiyyah wajar menjadi komponen penting dalam model tarbiyah yang ingin diperkemaskan. Ia tidak hanya akan membantu ABIM dalam memberi pandangan dan membuat pendirian yang lebih tepat dan mengurangi kemungkinan dipersalah oleh sejarah. Tarbiyyah siasiyyah juga harus dirangka bagi membantu menyediakan ahli politik atau rijal al-siasiy yang berkemampuan mewarnai politik masa depan umat; seorang yang mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran bertunjangkan kesedaran agama yang kuat. Sayang, sehingga ini jarang terdapat potrait yang menyenangkan, seperti Mohammad Natsir di Indonesia. Pengalaman yang dilalui oleh kebanyakan gerakan Islam yang mengatur penyertaan orang-orangnya dalam politik amat mengecewakan. Tentang mereka ini, Al-Awlaki memberi komen berikut:

“those who come from Islamic backgrounds and have spent a long time working within the political systems of today end up becoming politicians, with all the negative meanings of the word: deceptive, changing colors, materialistic and Machiavellian in their methods.They may have been bred in the Islamic movements’ strong tarbiyyah programs but after a while in the political arena they become the wolves they were trying to change. I have seen this with my own eyes happen to people that I know and as one leader of the Islamic movement in Yemen said: “We send them as sheep into a world of wolves only for them to come back to us as an eaten up skeleton.”[14]

Meningkatkan Kemampuan Bermujadalah dan Keprihatinan Yang Merentas Kaum dan Agama

Konsep masyarakat sivil (civil society) dengan prinsip keterbukaan dan ketelusan (openness and transparency) telah berkembang dalam masyarakat. Perkembangan ini memberi banyak kesan yang positif kepada masyarakat. Namun dalam masa yang sama ia turut membuka ruang kepada wacana terbuka menyangkut bukan sahaja isu-isu yang selama ini tidak disentuh kerana dianggap sensitf (seperti kedudukan serta keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam dalam perlembagaan), tetapi juga hal-hal yang berkaitan secara langsung dengan Islam dan ajaran-ajarannya. Mereka mengkritik hal-hal seperti poligami, isu purdah, isu murtad, hukum hudud, pembahagian harta pusaka dan sebagainya; isu-isu popular yang sering digunakan para pengkritik Barat terhadap Islam. Perbezaan mungkin kritikan itu datang dari kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat Islam. Lebih ironis mereka cuba memberi tafsiran-tafsiran baru yang ganjil sebagai lawan kepada tafsiran lama yang dianggap bias dan tidak lagi sesuai dengan perubahan zaman. Sebahagian mereka yang mengusung pemikiran Islam liberal ini turut membuat kritikan-krtikan yang tajam terhadap peranan ulama dan institusi agama. Kelompok ini mungkin tidak dapat berada di aliran perdana, namun sejumlah anak-anak muda dan tokoh-tokoh berpendidikan berpotensi menjadi pendokong-pendokong yang kuat dan bakal membawa masalah. Pemikiran-pemikiran tokoh dan pemikir yang liberal seperti Nasr Hamid Abu Zaid, Arkoun, Mahmud Muhammad Taha, Abdullah al-Na’im dan lain-lain mulai menjadi rujukan serta memberi kekuatan intelektual kepada mereka. Di waktu-waktu akhir ini, ruang yang terbuka ini turut diambil orang-orang bukan Islam untuk turut mempersoal aspek-aspek tertentu dari agama Islam

Kekuatan ilmu dan daya intelek umat di negara ini kelihatan masih belum cukup bagi menghadapi cabaran pemikiran dan serangan berbentuk ilmiah seperti ini. Sebahagian kritikan yang melampau dan pandangan tidak wajar terhadap Islam dan ulama, berlalu tanpa mendapat reaksi yang setanding. ABIM, sebagai sebuah gerakan Islam, perlu merencana bagi mempersiap tenaga-tenaga intelek yang cukup-siap bagi mendepani cabaran-cabaran seperti ini. Isu-isu seperti ini tidak muncul di tahun-tahun 70-an dan 80-an dan kerana itu tidak menjadi persoalan yang membimbangkan ketika itu. Bagaimanapun kini hal-hal demikian menjadi realiti yang perlu ditangani. ‘Sengketa’ antara berbagai kelompok dan aliran Islam seperti yang berlaku di Indonesia, belum terjadi di negara ini, namun, melihat kepada potensi masalah yang bakal tercetus, adalah wajar skima tarbiyyah yang dirangka oleh gerakan mengambil kira persiapan-persiapan ilmu dan intelek yang khusus sifatnya bagi menghadapi kemungkinan yang bakal terjadi. Kita memerlukan orang-orang yang berkemampuan untuk berwacana secara bijaksana dengan berbagai aliran dan kelompok termasuk non-muslim. Pandangan muktabar tentang persoalan-persoalan yang dibangkitkan mestilah sentiasa berada diarus perdana menundukkan pandangan liberal yang ganjil.

Pada masa-masa yang lalu, antara slogan yang disebut-sebut ialah ABIM sebagai ‘jurubicara umat’ yang lebih merujuk kepada peranan ABIM mengangkat hasrat dan cita umat Islam. Barangkali telah sampai masanya istilah ‘umat’ wajar diperluaskan hingga merangkumi pelbagai kelompok masyarakat yang menghuni negara ini termasuk masyarakat bukan Islam. Dalam isu-isu berkaitan keadilan dan penindasan, kemiskinan dan hak-hak asasi, suara ABIM harus vokal bagi menggambarkan keprihatinan dan kepedulian terhadap nasib manusia, sekalipun mereka bukan beragama Islam, seperti juga yang dituntut oleh Islam sendiri[15]. Pendekatan ini akan ‘membuka mata’ dan memberi perspektif baru masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah realiti yang tidak dapat ditolak. Isu-isu berkaitan kaum Cina, India dan lain-lain biasanya diperjuangkan oleh pertubuhan mereka yang berasaskan suku kaum. Sekiranya isu-isu yang berbangkit sah dan benar, adalah ABIM tidak harus mendiamkan diri sebaliknya tampil menjuarainya. Mengambilkira persoalan ini, orientasi tarbiyyah ABIM tentunya memerlukan perubahan dan rombakan. Mohamad Abu Bakar dalam satu kertas kerjanya memberi komentar berikut,

“For nearly a decade since its inception, ABIM, in spite of its cherished Islamic ideals, had been galvanizing Malay youths in their action to promote Islam, and had not shown adequate special concern for the predicament of other races”[16].

Walaupun pandangan tersebut disebut sepuluh tahun yang lalu, namun kemajuan yang terjadi sehingga ini masih amat kecil.

Penutup

Agenda tarbiyyah berkait rapat dengan rupa umat atau visi masa depan yang akan dibentuk. Tarbiyyah adalah proses pembinaan manusia dan mempersiapkannya dengan kebolehan dan kemampuan secukupnya bagi menjayakan misi tersebut. Persiapan utama tentunya pembinaan diri peribadi juru islah yang kukuh serta kemampuannya untuk berkerja secara jama’iy. Jum’ah Amin AbdulAziz dalam tulisannya, Manhaj al-Imam al-Banna: As-Tsawabit wal Mutaghayyirat menegaskan tiga tunggak tarbiyyah bagi membentuk manusia perubah masyarakat: Pertama: Iman yang sempurna yang membersihkan diri dari segala tujuan kecuali tujuan dakwah. Kedua: Cinta yang teguh, penyatuan hati dan kepaduan ruh dan ketiga: Kesediaan untuk berkorban dengan mempersembah apa yang ada pada diri mereka kepada Allah, Rabb al-‘Alamin. Bapak Mohammad Natsir dalam bukunya Fiqhud-Da’wah memanggil peribadi da’i yang terbentuk hasil dari tarbiyyah yang mantap sebagai ‘peribadi batu permata’ dengan dua daya; daya hikmah dan daya mawaddah[17], serta mampu memberi dan menolak dengan baik[18]; dengan kerja-kerjanya yang memberi bekas walau seorang diri. Banyak dan bising sahaja belum memberi apa-apa makna tanpa kerja yang boleh dibanggakan, seperti kata seorang penya`ir,

يثقلون الأرض من كثرتهم لا يغنون فى أمر جلل
إنى لأفتح عين حين أفتحها ولكن لا أرى أحدا

Memberat bumi dengan banyaknya bilangan
Namun tak menambah apapun yang boleh dibanggakan
Ketika mataku kubuka untuk menyaksikan
Seakan tidak sesiapapun yang kelihatan.

Sekian
Disember 2008.

[1] Kertas ini dibentangkan di Tamrin Nuqaba’ ABIM yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 20 Disember 2008.
[2] أريد بالحركة الإسلانية:ذلك العمل الشعبى الجماعى المنظم للعودة بالإسلام إلى قيادة المجتمع، وتوجيه الحياة كل الحياة..وعمل دائب متواصل، وليس مجرد كلام...عمل شعبى يقوم على الإنبعاث الذاتى، والإقتناع الشخصى، إيمانا واحتسابا، وابتغاء ما عند الله، لا ما عند الناس. القرضاوى، أولويات الحركة الإسلانية فى المرحلة القادمة.
[3] Al-Qaradhawi menyebutnya sebagai al-madkhal al-asasi wal al-dhururiy المدخل الأساسى والضرورى
[4] Aali ‘Imraan 3:146
[5] Rislaah Tarbiyyah Angkatan Belia Islam Malaysia (1994).
[6] Dr Taha Jabir al’Alwani, The Missing Dimensions in Contemporary the Islamic Movements.1996.

[7] Imam Anwar Al-Awlaki dilahirkan di New Mexico, mendapat pendidikan awal di Yemen, negara asal ibubapanya. Memiliki B.S. Civil Eng. dari Colorado State University, M.A. dalam Education Leadership dari San Diego State University dan pernah menyambung pengajiannya di George Washington University untuk doctorate dalam Human Resource Development. Pernah ditahan oleh polis rahsia Yemen. Menerima ijazah-ijazah dari beberapa Sheikh dalam pengajian al-Quran, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, al-Muwatta dan berbagai kitab-kitab besar yang lain. Kini menjadi imam di Dar al-Hijra Islamic Center, Falls Churh, Virginia. Juga sebagai Muslim chaplain di George Washington University, Washington D.C.

[8] Satu generasi sering ditakrifkan sebagai purata masa antara kelahiran anak pertama seorang ibu dengan kelahiran pertama bayi (cucunya) bagi anak perempuannya. Ini menjadikan tempoh beza satu generasi antara 22 – 30 tahun.

[9] MyUmmah.com.

[10]According to Müller-Karpe's definition, historical consciousness requires an awareness of being part of a community with its own distinctive traditions

[11] Intergenerational conversation dibezakan dari intergenerational dialogue dengan tujuan menunjukkan pendekatan yang lebih lunak dan hasil dari hubungan yang akrab serta bersangka baik, bertujuan untuk menemukan hikmah bagi kebaikan bersama. Istilah ini turut dipakai oleh sahabat-sahabat di Indonesia. Etika percakapan generasi adalah sebagaimana nasihat yang diungkap Lokman terhadap anaknya, atau pesan-pesan Nabi Ya’kob kepada anak-anaknya, atau Nabi Ibrahim ketika mengemukakan perintah Allah kepada anaknya Nabi Ismail.

[12] Termasuk antaranya konflik antaragenerasi (intergenerational conflict) yang tercetus ‘where there is lack of understanding of a different age group and/or a lack of respect for this group…can lead to intimidation, a break down in the community, threatening behaviour or, in the worst cases; violence.

[13] Mohammad Natsir dalam Percakapan Antara Generasi: Pesan Perjuangan Seorang Bapak, ABIM, 1991.
[14] Method of Establishing Khalifah, Anwar Al-Awlaki
[15] Rasulullah dalam satu sabdanya menyebut dalam Hilful Fudhul:لقد شهدت فى دار عبدالله بن جدعان حلفا لو دعيت به فى الإسلام لأجبت
[16] Mohamad Abu Bakar, Islam, Civil Society, and Ethnic Relations in Malaysia,(1999)
[17] M. Natsir, Fiqhud-Da’wah, 1977.
[18] Natsir sering mengungkap istilah qaulan baligha dan hajran jamila dari an-Nisa’ , ayat 63 dan al-Muzammil, ayat 10.
أولئك الذين يعلم الله فى قلوبهم فأعرض عنهم وعظهم وقل لهم فى أنفسهم قولا بليغا
Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pengajaran, dan katakan kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.
واصبر على ما يقولون واهجرهم هجرا جميلا
Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka capkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.

Wednesday, November 5, 2008


Penghargaan kepada Bang Imad (Bapak Imaduddin Abdul Rahim) yang kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 2008. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

Beliau Pencetus Kesedaran dan Kekagumanku Terhadap Islam Sebagai Tenaga Perubah.

JANJI YANG TERPENUHKAN

Kalibata menerima tetamu tak diduga
Bukan jeneral tentera
Bukan anggota ABRI bertatah bintang di dada
Tapi dia tetap kesatria
Jasadnya termakam
Namanya tetap berdiri

Termuat seluruh hayatnya
Dengan sumpah dan janji yang terbukti
Menjual diri syurga sebagai ganti
Menghela tauhid murni tanpa kompromi

Terpantul soalan tertanya pada diri
Jihad juang dan amal bakti
Banding diriku
Persennya kecil sekali

Dirinya ummah dirinya institusi
Tetap pahlwan
Sekalipun terkubur
Di makam marhaen bawahan.

8.12 ptg
Lapangan Terbang Sukarno Hatta
3 Ogos 2008

Puisi

Buah berangan dibuat penganan
Daun keladi lerai di laman
Ukhuwwah persaudaraan pancaran keimanan
Kekal abadi merentas zaman

Thursday, October 4, 2007

Sahabat-sahabat Baik

No road is long with good company - Turkish Proverb

Monday, October 1, 2007

Against Muslims

Neocons Use CNN to Continue Psyops Against American Muslims

Sunday December 25th 2005, 9:43 am

CNN tells us about a “covert” FBI snoop program to check “suspicious radiation levels outside more than 100 predominantly Muslim-related sites in the greater Washington, D.C., area, as well as various sites in other cities,” thus providing more anti-Muslim fodder for the undiscerning American public. “It is a waste of time, it is a waste of resources and it is causing us to be concerned about our citizenship, our constitutional rights,” Nihad Awad, executive director of the Council on American-Islamic Relations, told CNN.

Mr. Awad, however, is missing the point—the Straussian neocons don’t give a whit about the constitutional rights of Arabs in America and this “covert” program, obviously a “waste of time” that will turn up nothing, is not designed to protect us from dirty bombs but rather to further stigmatize Muslims as crazed terrorists. Snooping on “more than 100 predominantly Muslim-related sites” is intended to send a strong message—you can’t trust Muslims and you may be in danger if you live near a mosque.

It should be noted that CNN is a branch of the 4th Army PSYOPS group staffed the National Security Council’s Office of Public Diplomacy (OPD), “a shadowy government propaganda agency that planted stories in the U.S. media supporting the Reagan Administration’s Central America policies,” as Fairness & Accuracy in Reporting revealed way back in 2000. OPD is a “vast psychological warfare operation of the kind the military conducts to influence a population in enemy territory,” according to Miami Herald. Although we are assured OPD was shut down in the wake of revelations surrounding the Iran-Contra criminal conspiracy, “the 4th PSYOPS group still operates,” thus demonstrating there is not much in a name or bureaucratic designation.

FAIR continues:

An unofficial strategy paper published by the U.S. Naval War College in 1996 and written by an Army officer (”Military Operations in the CNN World: Using the Media as a Force Multiplier”) urged military commanders to find ways to “leverage the vast resources of the fourth estate” for the purposes of “communicating the [mission’s] objective and endstate, boosting friendly morale, executing more effective psychological operations, playing a major role in deception of the enemy, and enhancing intelligence collection.”

As former Lt. Col. Karen Kwiatkowski informs us, the Straussian neocons currently hold sway over the Pentagon and presumably the 4th PSYOPS group and other disinformation and “deception” operations. Kwiatkowski was assigned to the Pentagon’s Near East and South Asia bureau under the control of the execrable Zionist neocon Douglas Feith. Other appointees hailed from neocon “think tanks” such as the American Enterprise Institute and the Washington Institute for Near East Policy. “Along with Feith, all of the political appointees have in common a close identification with the views of the right-wing Likud Party in Israel,” writes Jim Lobe.

Thus it can be assumed CNN—long infested with PSYOPS operatives and the corporate media long ago penetrated by the CIA under Operation Mockingbird—is running yet another propaganda campaign designed to stigmatize Muslims as the Straussian neocons, as the American branch of the reactionary and fascist Likudites, prepare the nation for “world war four” (as former CIA director and neocon James Woolsey deems it).

Sunday, September 30, 2007

Budi

Write injuries in sand, kindness in marble - French Proverb